Saturday, March 24, 2012

Lecithin dan Omega : Bantu bakar lemak untuk kurus? *


Hari ini ramai yang buat pesanan Lecithin terutama dikalangan ibu-ibu yang mula menghadapi masalah kehilangan bentuk badan yang asal. Ditambah selepas melahirkan dan menyusukan anak, ada segelintir ibu yang menghadapi masalah berat badan yang berlebihan selain bentuk yang mengembang.


Bolehkah ibu menyusu mengambil Lecithin? Boleh baca artikel saya sebelum ini DI SINI.

Selain Lecithin, satu lagi yang bagus diambil dan sesuai untuk penyusuan ialah Omega.
Namun tahukah ibu2 terutama yang mengambil Omega dalam memastikan DHA susuibu dapat dibekalkan dengan baik, ia juga membantu meningkatkat kolestrol baik HDL dalam badan? Maka dengan ini ia juga secara tidak langsung membantu membakar lemak! Maka ianya baik untuk ibu dan juga bayi!

Antara lecithin dan omega apa bezanya? Jika dua-dua ini bagus untuk bakar lemak, mana satu patut saya pilih? Saya bagi anologi yang sangat mudah. Jika anda hendak ke Penang dari Kuala Lumpur, ada dua cara yang kita tahu, sama guna cara darat iaitu kereta atau udara, iaitu kapal terbang. Jika naik kapal terbang memang jimat masa dan kita pun tak penat, namun kos dia memang besar. Berbanding naik kereta, mungkin kita perlukan masa lebih lama namun kos dia juga sedikit ringan.



Maka balik pada individu, kemampuan setiap orang berbeza. Even kita tahu, mereka yang ada lebihan rezeki sanggup bayar kat Pusat Kecantikan untuk dapatkan bentuk badan yang menawan. Balik pada kita, mana yang kita mampu dan sanggup usahakan.

Apa kata seorang customer saya ?

"Alhamdulillah, saya dah dapat bentuk badan spt before. Sangat happy la kak! Omega tu rasanya lagi bagus dari Lecithin. Berbaloi la walau mahal tapi result dia superb! Lecithin slow pada saya. Nasib akak suggest omega dan herblax...memang cepat la slim! Suka!!!! Saya kurangkan lecitin cuma maintan alfalfa mcm akak ajarkan. Anyway! Thank you so much akak! Saya na order lg dua botol omega tau! Suami pulak nak!"

Alhamdulillah, beliau dah cuba Lecithin dan merasakan kesannya lambat dan tidak seperti yang diharapkan dan saya sarankan beliau menambah Omega dan Herb Lax dan selepas 4 minggu, selain dari terus amalkan Lecithin dan Alfalfa. Saya juga pesan agar beliau terus bersenam, minum banyakkkkkkkkkkk [ nak menunjukkan banyak] air masak, makan banyak buah potong setiap hari. Alhamdulillah, beliau telah berjaya.

Jika ada yang tanya saya macam mana nak kurus? Saya memang sarankan kawal makan, bersenam, makan banyak serat seperti buah dan sayur, kurangkan minum ais nanti perut buncit, dan banyakkan minum air masak. Antara punca kegemukkan ialah banyak minum air manis. Pengambilan supplement sekadar membantu mempercepatkan lagi proses pengurangan berat badan.


Personally saya memang makan dua-dua ni, antara sebabnya ialah

Lecithin : membantu elakkan kembung perut, mudah untuk membuang, kilatkan rambut dan kuku, bakar lemak.

Omega : Untuk elakkan masalah pelupa, bagus untuk jantung, tingkatkan HDL dalam darah dan bagus untuk chest agar tak mudah diserang selsema.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini, boleh email saya.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : shamliza80@yahoo.com
Call/sms : 019-7084260

Cerita saya nak kurus dengan Omega*


Ramai yang call tidak kurang yang email/ pm bertanya pasal Omega. Mungkin sebelum ini jarang saya menulis tentang Omega, tapi personally saya pastikan Omega memang sentiasa di rumah kerana ia adalah kegemaran anak-anak saya. Saya bekalkan suami saya Omega supaya ia membantu meningkatkan HDL dalam tubuh.
Seorang customer saya ini tidak menyusukan anak. So pada beliau Lecithin tak membantu seperti yang diharapkan. Saya suggestkan Omega ini kerana Omega juga bagus untuk rendahkan kolestrol dan bakar lemak.

Sebelum ini, masa berat dan bentuk badan saya berubah, saya memang fokus nak kurus dengan Lecithin selain Alfalfa sebab satu sebagai pembakar lemak dan satu yang perlu angkut keluar lemak iaitu serat.

Tapi selepas customer saya sorang ni fokus dengan Omega, saya sendiri baru mencuba dengan pengambilan seperti yang disarankan. Kata customer saya, bila makan Omega, memang tak rasa lapar. Hmm saya jadi teruja. Sebelum ini saya memang makan Omega tapi sebiji aje, sebab saya tak fokus untuk bakar lemak melalui Omega.
Saya cuba amalkan Omega 3 bj sehari as customer saya buat. Dia tak bf so Lecithin slow pada dia. Dia makan Omega 3 biji sehari pagi atau tengahari. Omega tak digalakan amik malam, kalau kurang air boleh buat kita demam.

Pengambilan perlukan alfalfa atau buah 2-3 potong sehari. Alfalfa hanya 1-2 biji sahaja. Banyak alfalfa akan perlu banyak air atau kita akan sembelit.

Herb Lax amik hujung minggu sahaja, iaitu sabtu malam ahad. Amik 4-5 biji. Kalau badan besar 5 bj. Bagus amik sebelum tidur sebab Herb Lax bertindak selama 6 jam dan kalau kurang air, perut memulas mcm nak terbalik. Saya pernah makan jam 9mlm, jam 3 pagi saya bangun ke toilet. So kalau nak makan waktu siang, pastikan 6 jam selepas itu kita di rumah.


Apa yang boleh saya kongsikan bila saya mula fokus dengan Omega....

Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet.

Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air.

Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang.

Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan.

Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated....kembung perut atau senak.

Bagi yang takut gemuk kerana air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari.
Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan allfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best!

Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplement semata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang.

InsyaALLAH dalam entry akan datang, saya sharekan senaman ringan 10 minit yang boleh kita amalkan untuk dapatkan bentuk badan yang menarik.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : shamliza80@yahoo.com
Call/sms : 019-7084260

Friday, March 23, 2012

Alfalfa dan Herb Lax

Saya yakin ramai yang amalkan makan Alfalfa terutama golongan ibu menyusu. Namun jangan terkejut, saya suami isteri pun amalkan sebab alfalfa bagus untuk buah pinggang. Pengambilan Alfalfa memerlukan kita minum air secukupnya mengikut keperluan berat badan kita. Normally 25kg berat memerlukan 1 liter air kosong maka jika berat kita 50kg kita memerlukan minima 2 liter sehari. tetapi bagi ibu menyusu adalah sangat bagus mengambil lebih demi memastikan badan tidak dehydrate.

Saya suka makan alfalfa setiap hari sebab banyak faedahnya antaranya ialah untuk kecantikan kulit. Selain itu ia bagus untuk para isteri dan wanita yang mengalami masalah kekeringan bila bersama atau kering di bahagian sulit. Ia juga sangat membantu mengurangkan keradangan bagi mereka yang ada alami masalah penyakit 5 serangkai iaitu Asma, Allergi, Resdung, Gegata dan Ekzema. Namun pengambilan air sangat penting untuk membantu mengurangkan keradangan sakit ini dengan pengambilan alfalfa tadi.
Selain itu bagi yang alami masalah keputihan yang serius, alfalfa sangat membantu.

Alfalfa tidak hanya sesuai untuk wanita, ia juga bagus untuk para suami dan golongan tua mahupun muda. Ia bagus untuk buah pinggang, membuang dengan lebih lawas dan bagus untuk kulit.

Jarang sekali saya menyebut tentang herb lax...ianya bukanlah julap seperti yang biasa dalam pasaran. Saya amalkan sekali sekala, pada hujung minggu. Ia membuat pembersihan usus dengan sangat lancar dengan syarat banyak makan buah dan minum air masak. Kita takkan lalui cirit birit dengan herb lax cuma memang rasa sangat selesa perut selepas membuang.


Kita tahu setiap organ mempunyai fungsi yang tersendiri ....setiap organ berfungsi untuk sistem perkumuhan tersendiri.....kolon adalah untuk pepejal, buah pinggang untuk cecair,paru-paru untuk karbon dioksida, hati untuk detoks manakala kulit untuk peluh.

Rata-rata penyakit kita berpunca dari sistem perkumuhan kolon yang tidak sempurna. Di sanalah tempat membiaknya bakteria2 dan memang dikatakan perut adalah rumah sakit. Ia memang membantu membersihkan kolon dan memang rasa selesa perut selepas itu. Maka pembersihan usus seminggu sekali melalui Herb Lax sangat membantu mendapatkan kesihatan yang baik.

Pengambilan herb lax saya cadangkan pastikan 6 jam selepas makan, kita berada di rumah supaya selesa untuk membuang. Biasanya bagus makan 4-5 biji sebelum tidur. Pastikan minum banyak air sebelum itu supaya proses membuang lebih lancar dan selesa. Saya tak amalkan setiap hari kecuali hujung minggu atau tengah minggu jika makan mewah di hotel :)

Sekarang saya sedang fokus dengan pengambilan 3 biji Omega sehari...pengambilan alfalfa serta herb lax sekali sekala sangat membantu dan meyakinkan saya! Pada saya, Omega berfungsi untuk membakar lemak, manakala Alfalfa untuk memudahkan proses pembuangan manakala Herb Lax memastikan kolon kita bersih dari lemak yang telah terurai sebelum ini.

Jika nak dapatkan produk ini dan panduan makan yang sempurna, sila hubungi saya.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jangan panik bila susu menurun.

Ada dalam hidup ada turun naik...namun yang membezakan seseorang itu adalah masa yang diambil untuk dia naik semula apabila dia jatuh.
Sama juga dengan perjalanan penyusuan. Allah takkan beri kita setiap masa susu yang banyak supaya kita tidak jadi riak.

Saya sendiri dah melihat beberapa kes ibu yang berkongsi gambar susu mereka yang banyak dan mereka diuji apabila bekalan eletrik terputus, habis rosak susu yang disimpan. Tidak kurang mereka yang terlupa tutup pintu fridge dengan rapat...hakikatnya ia adalah salah satu ujian buat ibu yang menyusukan anak.

Maka ibu ini akan menjadi dua haluan, satu kumpulan adalah yang akan putus asa dan tidak lagi bersemangat seperti dahulu DAN satu lagi kumpulan adalah mereka yang bangun dari kejatuhan iaitu memulakan semula misi perjalanan penyusuan mereka.

Ada juga yang biasanya bila memerah akan mendapat hasil yang banyak dan adakala diuji dengan hasil susu yang sedikit...maka jangan sesekali panik. Ambil masa muhasabah diri dengan Allah.

Perasan tak semasa susu meriah, dan kerja pejabat yang bertimbun buat kita leka dengan Allah? Solat mungkin ditinggalkan, mengaji entah ke mana...berzikir terus tiada.
Bilamana susu menurun, oh kita tersedar dari alpa. Namun masih ada juga kumpulan yang sibuk mencari manusia sebagai langkah penyelamat.

Alangkah bagus jika tahu susuibu itu adalah rezeki. Rezeki unik yang dikurniakan oleh Alla dari badan seorang ibu yang menjadi makanan buat si anak?
Maka mengapa tidak sahaja kita meminta dengan Allah?
Namun memang benar doa sahaja tidak mencukupi tanpa usaha.
Usaha itu termasuklah lakukan power pumping, menjaga pemakanan supaya dapat semua zat yang diperlukan oleh badan untuk terus menghasilkan susu, banyakkan minum air dan usaha mendekatkan diri dengan Allah.

InsyaAllah dengan usaha yang selari dengan doa, nescaya Allah tidak akan menghampakan kerana kita sabar dengan ujian. Sesungguhnya ujian yang diberikan adalah agar kita mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.

Buat bakal ibu dan ibu baru...maka jangan panik bilamana anda diuji dengan hasil yang menurun. Balik pada Allah kerana rezeki itu datang dari Allah jua. Berkawanlah dengan mereka yang sentiasa membimbing anda untuk terus berjaya.

Pembakaran lemak dengan Omega* lebih best!

Saya yakin ramai wanita, isteri dan para ibu tidak mahu menjadi seperti ini.....


atau seperti ini




Maka pengambilan makanan dan cara hidup kita perlu seimbang.... walaupun banyak pusat kecantikan yang boleh membantu namun kosnya pastilah tinggi.

Namun bagi saya, Omega, Alfalfa dan Herb Lax sangat membantu. Harganya cukup berpatutan. Namun pengambilan buah sangat membantu sistem pembuangan lebih lancar.

Memang antara tips yang bagus kita amalkan untuk elakkan perut buncit ialah kurangkan minum ais, jangan mandi selepas makan serta bersenam setiap hari. Namun supplement turut membantu melancarkan proses itu.

Alhamdulillah telah hampir sebulan makan Omega sebagai pembakar lemak, ia memang memberi kesan yang sangat hebat pada selera makan saya. Alhamdulillah saya dapat rasakan perbezaannya. Memang setelah amalkan makan omega, kita banyak rasa dahaga dari lapar. Dapat rasa berbanding makan Lecithin. Memang ada yang amalkan Lecithin sahaja sudah dapat merasa bentuk badan yang lebih slim dan cantik terutama bagi ibu menyusu kerana penyusuan itu sendiri membantu si ibu membakar banyak kalori.

So jika anda mahu mencuba Omega, Alfalfa dan Herb Lax boleh mendapatkan dari saya dengan konsultasi penuh serta harga yang berpatutan.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui


Email Yahoo : shamliza80@yahoo.com
Call/sms : 019-7084260

4 Set Penyusuan yang sangat POPULAR !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Alhamdulillah 2012 adalah lembaran baru bagi semua insan dan ibu khususnya....terutama bagi mereka yang baru mengenali dunia penyusuan.
Ingin saya kongsikan 4 set penyusuan yang benar-benar mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Empat set itu ialah

1. Set B
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
2. Set Eu Four Pack
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.

3. Set E
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.


4. Set 3M
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Buat renungan bersama....

” Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”.

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee independent distributor anda.

Hubungi :
Email :
Yahoo : shamliza80@yahoo.com
Call/ sms : 019-7084260

Sunday, March 11, 2012

Cara Makan Omega Untuk Ibu Menyusu

Alhamdulillah sejak amalkan Omega 3 biji sehari dengan konsisten selama beberapa hari saya dapat rasakan perbezaan sebelum ini yang mana saya hanya fokus kepada Lecithin. Omega ini memang rasa buat badan panas bila kurang minum air tetapi sekurang-kurangnya saya tak kesejukan bila tidur malam hari dan rasa badan sentiasa warm.

Jika sebelum ini jika saya lewat makan, saya dah mula menggigil namun kini tidak lagi. Saya hanya perlu pastikan badan saya mendapat cukup air. Namun apa yang saya perhatikan ialah saya mudah dahaga. Part makan pula saya terlalu cerewet...saya seolah-olah hilang selera makan yang selama ini saya amalkan.

Adakah ibu meyusu sesuai amalkan Omega?


Ya, ibu menyusu sesuai dan selamat mengamalkan Omega. Selain membantu membakar lemak, ia membantu meningkatkan DHA dalam susuibu. Walau demikian, perlu tahu cara pengambilan yang betul untuk mengambilnya terutama ibu menyusu.

Secara jujurnya saya TIDAK galakkan ibu menyusu mengambil 3 biji Omega sehari. Ini kerana dikhuatiri si ibu hanya akan dahaga dan tidak kisah untuk mengambil makanan harian disebabkan fokus pada dahaga smata-mata. Jika ini berlaku pastinya akan menjejaskan penghasilan susuibu. Ibu yang menyusu memerlukan banyak kalori untuk menghasilkan susuibu buat si manja. Maka apa yang boleh saya sarankan ialah gabungan pengambilan Omega dan Lecithin setiap hari.

Ini bermakna, si ibu yang menyusu boleh mengambil 2 biji Omega selepas lunch manakala 3 biji Lecithin selepas makan malam. In between meal, ibu disarankan mengambil beberapa potong buah-buahan seperti betik, jambu atau buah-buahan yang kaya dengan serat. Ini membantu proses pembuangan dengan lebih lancar.

Kekurangan air dan serat buah boleh memberi risiko sembelit dan ini akan mengganggu emosi ibu yang menyusu. Selain itu jika kurang air dan serat, lemak akan berkumpul semula di dalam tubuh dan menempek dibahagian lain pula. Maka jangan sesekali melupakan kepentingan air kosong dalam diet harian.

Omega dan Lecithin adalah dua jenis supplement yang dikenali sebagai fat emulsifier. Ia membantu memecahkan lemak di dalam badan kita. Namun lemak yang dimaksudkan bukan lemak yang ada sejak lahir. Selain itu hasilnya tidak la boleh diharapkan dalam seminggu dua. Perlu masa sebagai mana lemak yang terkumpul dalam tubuh kita juga tidaklah berlaku dengan sekelip mata.

Perlu kesabaran dan amalan istiqamah yang berterusan untuk nampak hasil yang memberansangkan.

Jika anda mahu maklumat lebih lanjut, boleh hubungi saya melalui cara di bawah.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email : shamliza80@yahoo.com
Phone : 0197084260
Facebook : Norliza Ibrahim